Mengapa Usahawan Gagal

February 24, 2010 by admin
Filed under: Usahawan 

Kita sering melihat kejayaan usahawan yang berjaya dalam dunia perniagaan. Tetapi kita jarang didedahkan dengan usahawan yang gagal. Di Amerika, kegagalan seseorang usahawan itu di anggap sebagai HERO, kerana usaha mereka ini dihargai oleh golongan usahawan yang lain. Perkara ini tidak berlaku di Malaysia, dengan menganggap Kegagalan itu adalah memalukan.

Beberapa Punca kepada kegagalan sesorang usahawan telah dikenal pasti.

1. KEKURANGAN MODAL

  • Usahawan memerlukan modal dalam urusan perniagaan, kekurangan modal boleh menyebabkan kegagalan membayar hutang. Kebanyakkan perniagaan gagal kerana gagal menguruskan modal dengan cekap.

2. TIDAK ADA PENGETAHUAN DALAM PASARAN

  • Sukar untuk menembusi pasaran, kerana lemah dalam menentukan trend pasaran terbaru.

3. PRODUK GAGAL

  • Produk yang dicipta tidak memenuhi keperluan pengguna masa kini.

4. SUMBER MANUSIA

  • Usahawan melantik pekerja yang tidak membantu mencapai objektif organisasi, menjadi punca kegagalan usahawan.

5. TIDAK MEMAHAMI PERSAINGAN

  • Usahawan seharusnya mengkaji pesaing dan cuba memahami apakaj kelebihan dan kelemahan pesaing. kebanyakkan usahawan gagal adalah disebabkan memandang rendah kepada pesaing.

Secara keseluruhan, untuk berjaya dalam bidang perniagaan rancanglah dengan teliti, perancangan yang teliti dapat mengurangkan risiko kegagalan. Cuba elakkan daripada menghadapi krisis seperti yang saya terangkan sebentar tadi.

2 Comments »

  1. fareeda humaira said :
    March 10, 2010 at 9:56 AM

    x ramai yang ingin menjadi usahawan… yang jadi usahawan pun x ramai yang betul2 berjaya.. tapi sy respect golongan nie kerana mereka berani apa yang orang lain x berani. bukan senang tu… tapi untk bergelar usahawan banyak yang perlu kita kaji sebelum memasuki pasaran.. antaranya 4P. price,place,promotion and product.. tapi yang penting diri kita dah ada ilmu dan berani mencuba atau tidak… dan kita juga perlu mengetahui peluang2, dan bantuan dari pihak2 tertentu agar mudah meminta bantuan dan khidmat nasihat supaya kita tidak mudah melatah kerana pasaran bukan senang untuk dinilai prestasinya…

  2. admin said :
    March 10, 2010 at 7:51 PM

    terima kasih kepada fareeda humaira
    memberi info tambahan…
    perkongsian ilmu untuk kepentingan bersama..

Leave a Comment

© 2010 Teori Perniagaan. All Rights Reserved.
Powered by WordPress | Entries (RSS) and Comments (RSS).
Theme Provided by Best Wordpress Themes | Web Hosting