Monopoli Pasaran
pada hari ini, ramai usahawan gagal untuk mencari sesuatu idea yang baru khususnya usahawan negara kita. Mereka ketandusan idea. Apa yang mereka lakukan adalah menyerap informasi atau peluang perniagaan yang telah sedia ada, dan dipasarkan ke pasaran malaysia.
Tidak menjadi masalah sebenarnya, tetapi untuk bersaing diperingkat global, usahawan seharusnya mempunyai produknya yang tersendiri dan mereka memonopoli pasaran tersebut. Dengan memonopoli sesebuah pasaran, mereka tidak mempunyai persaingan yang sengit dan keuntungan adalah kepada mereka 100%.
Adakah usahawan perlu mempunyai produknya tersendiri?
Tidak semestinya, kerana usahawan perlulah bersifat kreatif dalam mengubah sesuatu produk. Sebagai contoh, Produk yang telah wujud dinegara lain, tetapi dibawa masuk kedalam pasaran malaysia. Ia seolah-olah produk baru pada pandangan umum. Usahawan, tidak seharusnya, menciplak 100% produk tersebut, tetapi haruslah kreatif dengan menambah kualiti yang sedia ada, ataupun menjadikan produk baru itu lebih bagus dari produk asal.
Mencipta produk yang seakan-akan tunggal adalah memerlukan kajian serta pemerhatian yang lebih mendalam, hal ini kerana sesuatu produk itu mestilah membawa kepentingan kepada masyarakat. Usahawan pertama yang meneroka bidang perniagaan sentiasa berada dalam ingatan pengguna. contoh yang terbaik adalah Colgate dan Maggie. Kedua-dua produk ini sukar digugat dari segi penggunaan namanya. jika ke supermarket, orang akan mencari colgate tetapi bukan ubat gigi, begitu juga dengan maggie.
Memonopoli sesebuah bidang pasaran adalah sesuatu kejayaan yang besar kepada individu yang bergelar usahawan.
/>

mzm said,
setuju ngn brO.. alangkah baiknya kalau kita ada produk sendiri dan yg lain dr yang lain..
dan kalau unik tak mustahil produk tu akan jdi cam 2 produk contoh yg bro bg tu.. huhu~
admin said,
yup btul 2 bro… same2 lah kita menghasilkan produk lain dari yg lain..
izinkan saya meletak link saudara pada blogroll saya..
thnks 4de comment
hairulbiz said,
Salam generasi usahawan,
Seuatu produk yang menjadi leader dalam pasaran lebih dingati berbanding produk yang terkemudian.Namun tidak semestinya produk yang baru dalam pasaran tidak boleh menjadi leader produk dalam pasaran.Ini kita boleh lihat untuk jenama roti Gardenia.Mereka bukanlah leader dalam pasaran produk roti tetapi strategi yang mereka gunakan berjaya menjadikan mereka leader dalam pasaran.RAmai yang ingat iklan mereka kan “enak dimakan begitu sahaja”.Sampai ke hari ini orang ingat roti yang sedap untuk dimakan tanpa perisa ialah gardenia..Itula kesan jenama(brand) dan juga monopoli.
admin said,
yup setuju dengan pendapat saudara hairulbiz… strategi memainkan peranan utama dalam pemasaran sesuatu produk…
Add A Comment