Apa itu usahawan
Usahawan adalah individu yang melibatkan diri mereka secara langsung terhadap perniagaan. Usahawan adalah individu yang sentiasa mencari kelainan dalam perniagaan dan tidak pernah berasa puas terhadap apa yang telah mereka miliki dan sentiasa mahukan lebih dari biasa.
Sifat-sifat usahawan seperti berani mengambil risiko, bijak merebut peluang, sentiasa sensetif mengenai perubahan dunia perniagaan, berdaya usaha adalah menjadi kunci kejayaan mereka.
Mencipta peluang pekerjaan kepada individu lain adalah sifat unggul seseorang usahawan dimana mereka cuba memberi sesuatu yang berharga dan bernilai kepada orang lain.
Usahawan juga dikenali sebagai individu yang mampu menyelesaikan masalah orang lain.
Sebagai contoh, wujud masalah pengangkutan jarak jauh. Tony fernandez sebagai contoh usahawan yang terkenal, dimana dengan keberaniannya memperkenalkan pernerbangan tambang murah, adalah merupakan satu perniagaan yang berisiko tinggi, namun dengan semangat tidak mahu berputus asa, beliau mampu membawa Air Asia ke persada dunia. Siapa yang pernah menyangka kita boleh menaiki kapal terbang dengan tambang yang murah. “NOW EVERYBODY CAN FLY” kata Tony Fernandez. Dari seorang yang berada didalam industri Hiburan/Penerbitan kini bertukar ke Industri Penerbangan. Sekarang? Terlibat pula dengan Perlumbaan F1. Ini membuktikan Usahawan tidak pernah puas terhadap apa yang mereka kecapi, dan sentiasa menghidu peluang yang wujud.
Ciri-ciri usahawan ini perlu diterapkan didalam kehidupan seharian kita. Walaupun tidak melibatkan diri dalam perniagaan, ciri-ciri ini perlu ada dalam memastikan kita mampu bersaing dengan orang lain.
Tidak semua ahli perniagaan adalah usahawan, tetapi percayalah jika kita berpegang pada prinsip seorang usahawan, tidak mustahil anda adalah seorang usahawan.
Kata-kata pujangga… “jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”. Jika tidak mencuba mana tahu apa hasilnya.
2 Comments »
Leave a Comment

nor hafishah said :
August 22, 2010 at 4:48 PM
saya jugak bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan..jadi buat masa sekarang saya perlu banyak mempelajari selok belok perniagaan. banyak lagi yang saya perlu pelajari.sebagai seorang student,saya memang perlu ambil tahu.cuma apa yang menjadi persoalan di minda saya. adakah saya layak menjadi usahawa yang berjaya dan bagaimana cara untuk saya meyakinkan diri saya supaya saya boleh jadi seperti usahawan yang lain.
admin said :
August 23, 2010 at 1:03 PM
“setiap usahawan yg berjaya bukannya terus mencipta kejayaan, sebaliknya terpaksa menempuh pelbagai cabaran, apa yang penting kita perlu mencuba, jika tidak mencuba mana kita tahu akan jawapan nya”..
kata-kata dari seorang usahawan dari sebuah seminar yang saya hadiri..
sekali lagi, tindakan atau mencuba adalah sesuatu yg bagus. kegagalan itu sebenarnya jalan menuju kejayaan.