Perniagaan pokok bunga (nursery business)
Pernah kah kita terpikir bahawa perniagaan menjual pokok bunga adalah satu perniagaan yang agak menguntungkan? Mungkin ada diantara kita tidak menyedari hal itu, ini kerana saya sendiri tidak percaya bahawa industri pokok bunga ini mampu menjana pendapatan lumayan kepada pemiliknya. Bermula dengan hobi menanam bunga,akhirnya membawa kepada peluang perniagaan yang amat menguntungkan adalah salah satu kejayaan besar bagi mereka yang menjalankan perniagaan ini.
Baru-baru ini, saya sempat membuat satu program di sebuah Pusat penjagaan pokok bunga di jalan klang-banting iaitu Kelopak Emas Sdn Bhd. Kelopak Emas Sdn.Bhd adalah salah satu nama yang tidak asing lagi bagi penduduk setempat sekitar daerah klang dan juga banting, kerana Kelopak Emas Sdn Bhd ini, merupakan salah satu nursery yang cukup dikenali oleh orang ramai.
Saya pada masa yang sama sempat menemuramah pemilik perniagaan ini iaitu en. Jarry, dan bertanyakan bagaimana beliau menguruskan perniagaan ini. Katanya “setiap perniagaan akan membawa keuntungan dan kerugian,keuntungan dapat dihasilkan jika kita tahu mengurus kos perniagaan dan meminimakan kerugian. Dalam perniagaan nursery seperti ini, kita tidak boleh mengharapkan pelangan datang membeli bunga sahaja, ini kerana jualan yang diperolehi melalui jualan bunga ini adalah sedikit, dan dalam mengurus perniagaan ini kita harus bijak memberi pelangan kita dengan pelbagai pilihan, contohnya seperti menawarkan perkhidmatan landskap, perkhidmatan penjagaan bunga terus kerumah dan sebagainya”, katanya.
Baru-baru ini, kelopak emas diberi kontrak untuk penjagaan pokok bunga di sebuah kilang di tanam industri Telok Panglima Garang, dan katanya “ini adalah satu rezeki yang cukup besar bagi Kelopak Emas”.
Bercakap mengenai keuntungan pula, keuntungan bersih yang mampu dihasilkan dianggarkan sekitar RM20k sebulan, dan ada masa-masa tertentu perniagaan ini mampu menjana lebih dari RM30k sebulan.
Saya sempat bertanya, bagaimana perniagaan ini boleh bertahan sehingga sekarang, katanya “minat yang mendalam dalam aspek penanaman membuatkan saya terus berada disini, dan kerja-kerja berat seperti ini banyak mengeluarkan peluh dan sudah semestinya membuatkan saya terus sihat dan kelihatan seperti muda”.
Didalam perniagaan nursery, barang-barang yang dijual adalah seperti Pasu bunga, meja dan kerusi batu, tapak penjalan kaki, baja, bunga dan assesori landskap.
Secara keseluruhan jika anda berminat dengan perniagaan nursery, minat yang mendalam dalam aspek penanaman perlu dipupuk. Jika anda berkesempatan kunjungilah Kelopak Emas Sdn Bhd, di Jalan Klang banting, johan setia. Dan jika anda berminat menceburi perniagaan jenis ini, dan ingin mencari supplier kunjungilah tapak semaian disekitar Rawang berhampiran Hospital sungai buloh kerana, disana terdapat banyak perniagaan jenis ini.
Leave a Comment

