KaTa-kata nasihat dari Seorang Usahawan
Baru-baru ini saya sempat mengikuti satu sesi ceramah dari seorang usahawan, pemilik DOCNAN INDUSTRIES SDN BHD (DOCNAN) iaitu Dr Wan Hasnan Wan Idris.
Tajuk yang dibawa oleh beliau pada hari tersebut adalah Etika Kerja. Beliau sempat menceritakan pengalaman beliau ketika mula-mula berniaga dulu. Mula berniaga menjual Serunding yang di import dari kelantan dan dijual di kuala lumpur sewaktu beliau belajar di Universiti Putra Malaysia (UPM), serdang. Bermula dari situ beliau mula minat untuk berniaga, dari menjual serunding ke pelbagai lagi jenis perniagaan berbentuk makanan.Dan sehinggalah beliau membuka perniagaan FastFood nya sendiri, tetapi dikatakan beliau menemui kegagalan di situ. Akhirnya beliau meneruskan perniagaan baru nya di kelantan setelah berpindah balik ke kelantan dan membuka DOCNAN INDUSTRIES SDN BHD.
Bercakap mengenai Etika, beliau berkata etika itu adalah merupakan “watak” dalam diri kita. “Etika itu adalah character kita, ia akan membentuk sifat-sifat murni dalam diri kita”,kata beliau. “Secara tidak langsung ia akan membina satu motivasi dari dalam. Etika tidak boleh diajar tetapi boleh dibentuk,” tambah beliau.
Melalui pengalaman yang diceritakannya, untuk menjadi seorang usahawan nilai etika yang perlu ada pada seseorang itu adalah disiplin. Dalam apa jua urusan, disiplin memainkan peranan yang utama dalam membentuk etika. Melalui disipin ia akan menghasilkan satu sifat dan secara tidak langsung membentuk peribadi seseorang individu itu.
Dalam kehidupan, ketepatan mengikuti masa adalah menjadi faktor penting dalam menguruskan kehidupan seharian. Begitu juga dengan usahawan, menepati masa adalah menjadi prinsip utama beliau. Tidak ramai yang mampu menepati masa dalam apa jua urusan, oleh itu pentingnya mempunyai disiplin yang kuat. Begitu juga dengan tanggungjawab yang dipikul oleh beliau sebagai usahawan yang berjaya. Segalanya bermula dengan disiplin.
Untuk berjaya dalam hidup kata beliau, rancanglah kehidupan. “gagal merancang adalah merancang untuk gagal”, ramai yang tahu ayat ini, tetapi orang yang tidak mengendahkannya adalah orang yang akan gagal. Dalam membentuk perancangan, ia memerlukan satu komitmen yang tinggi. Dan komitmen yang tinggi memerlukan satu disiplin yang kuat untuk melaksanakannya.
Menjadi seseorang usahawan adalah minat yang beliau tanam dalam diri beliau. Beliau berkata, setiap orang mempunyai azam, begitu juga dengan beliau. Azam sahaja tidak mencukupi tanpa ada wawasan. Beliau mempunyai wawasan, dan disiplin yang beliau ada akhirnya beliau berjaya mencapai azam dan cita-cita beliau menjadi pengeluar Frozen Food. Bercampurkan wawasan dan Disiplin adalah menjadi kunci kepada kejayaan beliau pada hari ini.
Selain dari pada itu, beliau juga berkata mendapat kepercayaan dari orang lain adalah faktor kejayaan beliau. Sebagai seorang usahawan, perlu bersifat jujur dengan setiap orang. Mudah mendapat pertolongan sekiranya kita bersikap jujur. Beliau bercakap melalui pengalaman beliau dimana, beliau pernah jatuh dalam perniagaannya, dan ketika dalam kesusahan, ramai rakan-rakan beliau membantunya.
Ketika ditanya apa nilai utama yang perlu ada dalam diri seseorang usahawan, beliau berkata usaha,tawakal, dan doa. Sebelum mengakhiri ucapan beliau, beliau berpesan dalam membentuk disiplin yang kuat, lakukan perkara ini, solat.
Leave a Comment
