Idea Gila “PISANG GORENG”

July 19, 2010 by admin
Filed under: Idea Perniagaan, Teori Perniagaan, Usahawan 

Salam sejahtera..

Hari ini saya terfikir untuk menulis sesuatu mengenai idea perniagaan yang pada pandangan saya, ianya merupakan satu peluang ataupun idea perniagaan yang cukup menarik. Idea ini telah lama saya simpan, dan melalui pemerhatian ianya merupakan salah satu idea yang cukup unik, tetapi memerlukan komitmen yang tinggi untuk merealisasikannya.

Idea perniagaan yang saya ingin sampaikan adalah, perniagaan “PISANG GORENG”. Mungkin pada pandangan pembaca blog saya ini merasakan bahawa idea ini kurang menarik, dan mungkin juga ada yang tersenyum dan ketawa dengan idea perniagaan ini.

Baiklah, saya ingin mengajak anda ini berfikiran secara terbuka, dan cuba berfikir di luar kotak, supaya idea ini dapat kita realisasikan.

Perniagaan “PISANG GORENG” adalah merupakan satu perniagaan yang cukup laris, dan ianya merupakan perniagaan yang mudah untuk uruskan. Goreng pisang cukup terkenal di Malaysia dan ianya menjadi makanan kegemaran masyarakat tempatan pada waktu petang. Makanan ini digemari oleh setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama, kerana ia nya memang sedap dan halal.

Pada hari ini, kita dapat melihat kebanyakan gerai-gerai yang menjual pisang goreng ini hanya boleh didapati di tepi-tepi jalan dan juga di pasar malam. Agak sukar rasanya untuk kita menemui makanan goreng ini dijual di premis-premis perniagaan.

Baiklah, apa yang  ingin saya cuba sampaikan adalah, saya melihat perniagaan ini jika di komersialkan dengan meluas akan membawa faedah kepada semua orang dan juga negara.

Pada pandangan saya jika kita dapat menghasilkan sebuah rangkaian perniagaan seperti ini, ianya mampu memberi sumber pendapatan kepada rakyat dan juga negara. Jika kita fikirkan secara mendalam, andai perkara ini dapat direalisasikan, perniagaan ini akan melangkah dengan lebih jauh lagi.

Ini adalah idea yang cuba saya sampaikan kepada anda:

Saya mengambil contoh pendekatan perniagaan yang dibawa oleh “Fast Food Restaurant”, seperti KFC,McD dan Pizzahut (beberapa restoran yang terkenal). Mengapa tidak kita jalankan perniagaan ini seperti apa yang dilakukan oleh mereka? Saya melihat, jika rakyat Malaysia boleh makan ayam goreng tanpa nasi, mengapa tidak kita memperkenalkan kepada rakyat Malaysia bahawa makan goreng pisang ini lebih berkhasiat dan sedap dari makanan lain yang terdapat di fast food restaurant?

Dengan kemudahan yang selesa, seperti tempat yang berhawa dingin dan keadaan persekitaran yang bersih di mana tidak terdedah dengan habuk-habuk jalan raya, ia nya memberi satu nafas baru kepada perniagaan ini.

Makanan halal sering dikaitkan dengan kebersihan dan kualiti sesuatu produk makanan itu, dan saya melihat gerai-gerai goreng pisang tepi jalan selalunya terdedah dengan habuk dan kualiti makanan itu diragui. Tetapi jika  kita dapat bawakan makan ini ke lokasi yang lebih selesa dan bersih, saya yakin jualan goreng akan menjadi laris.

Kesukaran untuk mencari gerai-gerai goreng pisang di sesetengah kawasan adalah merupakan salah satu faktor mengapa saya katakan bahawa, perniagaan ini perlu mengambil peluang-peluang seperti ini.

bagi memenuhi permintaan orang ramai. Kita boleh mengambil contoh seperti KFC, setiap kawasan taman perumahan sekurang-kurangnya ada satu restoran KFC. Mengapa tidak  PISANG GORENG?

Pada pandangan saya, jika dibuat perbandingan makan ayam goreng dari pisang goreng, saya rasa lebih elok makan pisang goreng, kerana kolestrolnya adalah lebih rendah berbanding ayam.

Jangan salah sangka ,Idea perniagaan ini bukannya untuk bersaing dengan KFC ataupun perniagaan “FAST FOOD” yang lain, tetapi ia merupakan salah satu peluang yang menarik untuk kita ceburi.

Kita ada ramai penjual dan penjaja PISANG GORENG di seluruh negeri di Malaysia. Kita cuba memberi peluang kepada mereka untuk mereka lebih maju dengan perniagaan PISANG GORENG ini, jika boleh kita franchais kan perniagaan PISANG GORENG ini.

Pada pandangan saya, jika idea ini dapat direalisasikan, ianya memberi pendapatan lumayan kepada pekebun-pekebun pisang dan sudah semestinya ekonomi negara akan meningkat, di mana wujudnya peluang-peluang pekerjaan yang baru.

Jika kita melihat peluang ini dengan lebih jauh, saya yakin nama PISANG GORENG ini akan berada di seluruh pelosok dunia.

Untuk maklumat anda, ada membuktikan bahawa orang Jepun suka makan pisang sebagai sarapan mereka, dan saya yakin masyarakat di luar sana seperti di negara-negara lain,( China, Singapura, Indonesia) juga makan makanan PISANG GORENG ini.  Dan boleh saya katakan di sini bahawa makanan ini dimakan oleh semua masyarakat dunia.

Jadi untuk itu, terpulang lah kepada anda untuk merealisasikan IDEA GILA dari saya ini.

“DO NOT TRY DO NOT KNOW”

Pst: sedap makan pisang goreng dengan sos..pergh kena plak teh panas petang2…keledek, ubi goreng pun ok pe…


Leave a Comment

© 2010 Teori Perniagaan. All Rights Reserved.
Powered by WordPress | Entries (RSS) and Comments (RSS).
Theme Provided by Best Wordpress Themes | Web Hosting