Apa itu SWOT analisis

March 13, 2010 by admin
Filed under: Teori Perniagaan 

Apa yang dikatakan sebagai SWOT analisis? Apa kegunaan SWOT analisis?

Hari ini saya ingin membincangkan mengenai topik SWOT analisis. Mungkin ramai tidak menyedari bahawa SWOT analisis adalah merupakan salah satu tool utama dalam menentukan pasaran, hala tuju perniagaan, mengenai diri anda dan sebagainya.

SWOT analisis ada singkatan kepada ayat Strengths, Weaknesses, Opportunities, Threats.

SWOT analisis digunakan untuk menilai dan mengenalpasti, apakah kekuatan yang ada, kelemahan, peluang dan juga halangan (ancaman) dalam menganalisis pasaran, peluang perniagaan dan juga pengurusan perniagaan. Ia juga boleh digunakan untuk menentukan dan menilai kemampuan diri.

Objektif pembentukan SWOT ini adalah bertujuan, untuk menilai faktor luaran dan dalaman yang dapat membantu pembentukan atau mempengaruhi sesuatu kejayaan. Strengths dan Weaknesses adalah merupakan faktor dari dalaman manakala Opportunities dan juga Threats adalah faktor dari luaran

Dalam menceburi bidang perniagaan penilaian terhadap diri perlu dititik beratkan , begitu juaga dalam menganalisis pasaran. Apakah kekuatan yang kita anda untuk menceburi bidang perniagaan? cukup kah pengalamanan kita, ilmu dan juga jaringan rakan perniagaan anda, seperti pembekal dan pembeli. Dalam menganalisis pasaran pula, apakah kekuatan produk anda? kenapa orang harus beli produk anda. Semua faktor yang mempengaruhi “kekuatan” perlu di analisis bagi memastikan segala perancangan berjalan dengan lancar.

Begitu juga dalam menganalisi kelemahan diri. Kelemahan apakah yang boleh menyebabkan kita kadang-kadang mudah berputus asa, dan tidak mampu menguruskan perniagaan. Apakah punca kepada faktor yang membawa kepada kelemahan ini. Dalam konsep pemasaran pula, kita perlu menilai apakah kekurangan dalam produk. Jangan sesekali meletakkan kita 100% perfect. Analisis memainkan peranan penting dalam menentukan sejauh mana kita mampu pergi dalam dunia perniagaan serba  moden ini.

Faktor luaran seperti, peluang dan ancaman (halangan) perlu dianalisa dan dinilai. Peluang yang ada tidak semestinya satu idea yang baik tanpa kita melihat kepada faktor dalaman itu sendiri. Seorang usahawan adalah bijak merebut peluang. Tetapi dalam konsep SWOT analisis, beberapa perkara perlu diambil kira sebelum merebut peluang tersebut. Segala tindakan perlu dianalisis dan dikaji, bagi memastikan peluang yang datang itu, adalah peluang yang terbaik.

Analisa ancaman pula lebih kearah, menilai apakah halangan yang bakal ditempuhi kelak. Dalam SWOT analisis, THREATS, lebih kearah pengurusan risiko. Secara tidak langsung kita dapat menentukan jalan  yang terbaik bagi mengatasi sesuatu masalah atau halangan yang timbul.  Dengan adanya analisis ini, sesuatu perancangan dapat berjalan dengan lancar.

contoh: Pengeluar Motor Harley Davidson

STRENGTHS

  • Kesetiaan pelanggan
  • Jenama terkenal
  • Hubungan yang baik dengan dealers

WEAKNESSES

  • Keluaran produk yang kurang (tidak kerap)
  • Berhadapan dengan masalah kualiti.
  • Kilang hanya berada di US, tidak Berjaya tembus ke negara luar. Seakan2 budaya US

OPPORTUNITIES

  • Pasaran antarabangsa (china dan India terbaru)
  • Pembeli generasi Muda (mula berminat)

THREATS

  • Pembeli Harley Davidson golongan tua, market slow
  • Perubahan teknologi memaksa Harley company  meningkatkan kos.
  • Design lama dan sama, sesuai untuk golongan tua.

Leave a Comment

© 2010 Teori Perniagaan. All Rights Reserved.
Powered by WordPress | Entries (RSS) and Comments (RSS).
Theme Provided by Best Wordpress Themes | Web Hosting