Apa itu perniagaan

January 15, 2010 by admin
Filed under: Teori Perniagaan 

Apa itu perniagaan

Perniagaan adalah bermaksud seorang individu ataupun organisasi yang menawarkan produk dan juga perkhidmatan. Ia juga memberi maksud, transaksi antara produk atau perkhidmatan kepada duit dan wang.

Tujuan perniagaan dijalankan adalah untuk meraih keuntungan dan juga untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh manusia. Setiap masalah yang dihadapi oleh manusia membuka peluang terbaik kepada peniaga untuk menawarkan produk dan juga perkhidmatan.

Pertukaran barang dengan duit antara individu kepada individu yang lain, secara tidak langsung membawa kepada erti perniagaan.

Peniaga adalah merujuk kepada individu yang menjual produk atau perkhidmatan secara terus kepada pelangan.

Kenapa wujudnya perniagaan adalah disebabkan masalah yang dihadapi oleh manusia. Setiap hari manusia inginkan kehidupan mereka lebih senang dan mudah. Bagi memudahkan lagi kehidupan harian mereka, pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka,(ahli perniagaan). Semuanya dengan bertujuan meraih keuntungan peribadi dan memberi penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Perniagaan berjalan apabila wujud permintaan terhadap sesuatu produk dan juga perkhidmatan.Permintaan yang tinggi terhadap sesuatu produk dan perkhidmatan membawa keuntungan yang besar kepada perniagaan.

Jika ditanya kenapa wujudnya industry kenderaan?, hal ini bertujuan memudahkan lagi pergerakkan manusia dari satu tempat ke tempat yang lain. Begitulah kehidupan manusia dari hari ke hari, cuba mencari kehidupan yang lebih selesa.

One Comment »

  1. abon said :
    February 13, 2010 at 2:55 PM

    thanks 4 de info bro.. nk cari info untuk asignment..hehehe

Leave a Comment

© 2010 Teori Perniagaan. All Rights Reserved.
Powered by WordPress | Entries (RSS) and Comments (RSS).
Theme Provided by Best Wordpress Themes | Web Hosting