Program Chairman Lecturer Series yang ke 11

February 9, 2010 by admin
Filed under: Seminar 

"Pengarang"

Baru-baru saya sempat menghadiri satu sesi ceramah atau lebih dikenali sebagai Chairman Lecturer Series yang ke sebelas anjuran universiti Malaysia Kelantan.

Untuk maklumat pembaca, Chairman Lecturer Series (CLS) adalah merupakan salah satu program anjuran pihak universiti dimana, menjemput usahawan-usahawan yang berjaya untuk berkongsi idea serta pengalaman.

Antara usahawan-usahawan yang pernah memberi “Talk” pada program ini adalah:

  1. Dato’ Sabri Ahmad (Chairman Malaysian Palm Oil)
  2. Dato’Sri Abdul Wahid Omar (CEO Malayan Banking Berhad)
  3. Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim (CEO Jcorp)
  4. Tengku Rozidar Tengku Zainol Abidin (CEO Nineteen O one Sdn bhd)
  5. Dr. Ken Leong (CEO e-lock Corporation)
  6. Datuk Mohamed Azahari Mohamed Kamil (CEO Asian Finance Bank Berhad)
  7. Tuan Hj.Syed Moheeb Syed Kamarulzaman (CEO Takaful Iklas)
  8. Hj Burhanuddin Mad Radzi (Managing Director Les Copaque Production)
  9. Dato Dr.Mohammad Hashim Ahmad Tajuddin (Group managing Director, chemical company)
  10. Dato Mohd Nadzmi Mohd salleh (Executive Chairman, Nadicorp Holding Sdn Bhd)

Dan pada 6 Feb 2010 yang lepas, saya dapat menghadiri satu lagi program CLS yang ke 11. Penceramah pada kali ini adalah Dato Hussamuddin iaitu CEO karangkraf Sdn bhd dengan tajuk ceramah beliau adalah “Managing Family Business,Issues and challanges”.

Banyak ilmu serta pendedahan yang saya dapat sepanjang sesi itu. Penyampaian bersahaja oleh Dato Hussamuddin memeriahkan suasana pada sesi kali ini.

Bermula dengan menjual buku di kota bharu akhirnya menjadi tokoh usahwan yang disegani. Orang pendek sahaja namun semangat serta jiwa mudanya dapat saya lihat, ketika pengerusi majlis menjemput beliau ke pentas, dan saya terkejut kerana beliau berlari ke atas pentas untuk memulakan sesi ceramah.

Tajuk ceramah beliau adalah mengenai bagaimana menguruskan sebuah perniagaan keluarga, bagaimana untuk memberi perniagaan yang telah ada kepada generasi yang seterusnya.

Beliau berkata, jika ingin memawariskan perniagaan kepada generasi seterusnya, adalah dengan cara menyediakan serta memberi bimbingan sejak dari kecil lagi. Beliau bercakap melalui pengalaman dimana beliau di didik oleh ayahnya untuk menguruskan perniagaan menjual buku.  Sehinggalah sekarang ini beliau menjadi tokoh usahawan yang disegani. Berikut adalah prinsip beliau:

  1. Design to successfull from the lower age
  2. Dare to successfull
  3. Want better than others (i want be better than my father)

Beliau menambah jika ingin melihat anak (waris) itu berjaya dalam mewarisi perniagaan keluarga, seseorang itu harus melihat perkembangan perniagaan tersebut sejak dari awal penubuhan.

Masyarakat hari ini terlalu mementingkan pendidikan, mahu melihat anak mereka mencapai 24A dalam SPM, terlalu menekankan akedemik. Beliau berkata ibubapa seharusnya menekankan “character building” dalam diri anak mereka. Dia mengambil contoh, anak cina membuat kerja sekolah sambil menjaga kaunter. Dari situ, anak cina didedahkan dengan perniagaan, sedangkan anak melayu kata beliau, dalam contoh meniaga nasi berlauk, anak datang pada ibu/bapa, dihalaunya anak itu, suruh pergi main jauh-jauh.

Jangan melihat perniagaan itu sebuah perniagaan keluarga, jangan campur aduk kan hal keluarga dalam perniagaan. Dalam menentukan siapa yang harus mengambil alih perniagaan itu, beliau berkata seseorang itu harus “disediakan”. Seseorang itu harus bersedia dari segalanya, tidak memberi terus perniagaan tersebut kepada waris, sebaliknya meletakkan seseorang itu dalam department yang lain, atau membina perniagaannya sendiri. Individu tersebut  harus minat dengan bidang yang diceburi, jika tidak ada calon yang sesuai, pemilik perniagaan harus “menyediakan” individu tersebut, dengan bimbingan dan pendedahan yang berterusan.

Beliau berpesan jika ingin menceburi bidang perniagaan:

  1. "bergambar kenangan dengan dato hussamuddin"

    Jangan pikir modal- start dari kecik

  2. Usaha yang berterusan
  3. Jangan cepat berpuas hati
  4. Fikir-reka-bina
  5. Usahawan boleh dilatih
  6. Bayar hutang tepat pada masanya
  7. Keluar dari zon selesa

Dan paling penting katanya RANCANGLAH KEHIDUPAN…

2 Comments »

  1. zairi faiezil said :
    February 10, 2010 at 11:29 AM

    Salam Motivasi dan Salam Berkenalan..

    Tahniah bro kerana dpt menghadiri 1 majlis ilmu yang baik dan dpt manfaat dalam diri. Semoga anda berjaya satu hari nanti.

  2. admin said :
    February 10, 2010 at 12:44 PM

    jika berkesempatan sy ingin menjemput suadara ke program ni.. ia nya adalah percuma..
    org yg bg talk bukan calang2 org..
    if ade lg program cls..sy akan bg tahu

    thanks sudi komen

Leave a Comment

© 2010 Teori Perniagaan. All Rights Reserved.
Powered by WordPress | Entries (RSS) and Comments (RSS).
Theme Provided by Best Wordpress Themes | Web Hosting