Perniagaan Internet

February 3, 2010 by admin
Filed under: Perniagaan Internet 

Apakah yang dikatakan sebagai internet.

Perniagaan internet adalah seperti perniagaan-perniagaan biasa yang kita lihat didunia sebenar, tetapi akibat kecanggihan teknologi yang ada pada masa kini, menyebabkan orang telah mula berniaga melepasi sempadan antarabangsa. Perniagaan internet adalah merupakan salah satu perniagaan dimana peniaga mula memasarkan produk mereka keserata dunia.

Perniagaan internet merupakan kaedah baru dalam pemasaran produk mereka, pembeli juga mudah melakukan proses pembelian. Pada masa kini perniagaan internet menjadi trend baru kepada masyarakat, hal ini perniagaan seperti ini “nampak” mudah diuruskan, tetapi hakikatnya banyak selok belok dalam perniagaan ini perlu diketahui sepenuhnya.

Siapakah yang digelar sebagai Peniaga Internet

Peniaga internet adalah mereka yang mempunyai produk dan menjual produk itu di internet. Kita sering mendengar ramai yang berjaya memperolehi beribu ringgit dari internet, adakah mereka ini juga peniaga internet? secara teorinya, golongan ini bukan lah peniaga internet, tetapi mereka ini orang yang bijak dimana menggunakan peluang internet untuk mendapat keuntungan. kebanyakkan dari mereka  memperolehi keuntungan dari internet ini dengan pelbagai cara.

Saya di pihak TeoriBiz.com akan cuba mengupas segala teknik-teknik bagaimana mereka berjaya didalam perniagaan dunia internet tanpa menghasilkan sebarang produk.

_______________________________________________________________________________
perniagaan internet

Leave a Comment

© 2010 Teori Perniagaan. All Rights Reserved.
Powered by WordPress | Entries (RSS) and Comments (RSS).
Theme Provided by Best Wordpress Themes | Web Hosting