Pengarang
salam sejahtera
Akhirnya buat pertama kali hasrat saya untuk memiliki blog perniagaan sendiri tercapai setelah hampir setahun saya menyimpan hasrat ini.
Kajian serta pemerhatian saya dalam dunia perniagaan akhirnya dapat saya curah kan dalam penulisan blog saya kali ini. Sebagai seorang pelajar adalah menjadi kerugian kepada saya, sekiranya tidak berkongsi teori perniagaan kepada rakan-rakan saya yang sudi membaca blog saya ini.
Sering kali saya didedahkan dengan dunia perniagaan secara teori tetapi tidak secara praktikal. Menghadiri kelas business, seperti kelas marketing, operation, finance , keusahawanan dan seumpama dengannya , membuka ruang kepada saya untuk menulis beberapa artikel mengenai teori perniagaan.
Secara kasarnya dunia perniagaan sebenar adalah tidak jauh dari dunia perniagaan maya , seperti internet ini. Masih lagi menggunakan beberapa teori yang sama tetapi menggunakan kaedah atau pendekatan yang berbeza kerana ia telah dipermudahkan caranya..
Ikuti perkembangan penulisan saya dari semasa kesemasa membincangkan “teori perniagaan”, disamping dapat lah kita hendaknya berkongsi idea dan pendapat untuk kepentingan kita bersama.
2 Comments »
Leave a Comment


Komen Ebook said :
January 30, 2010 at 2:33 AM
Tahniah kerana telah memiliki blog sendiri..semoga cita-cita anda tercapai kelak.
Teori dan praktikal memang tidak sama haluannya. Paling penting bagaimana kita tahu memanfaatkannya
admin said :
January 30, 2010 at 1:15 PM
sama-sama… maybe setelah cukup dari segi teori..saya akan kearah praktikal pula..
izinkan saya meletak link saudari pada blogroll saya..