Mencari dana untuk memulakan perniagaan
Dalam kehidupan serba moden ini, ramai orang mula kesempitan hidup. Pekerjaan yang mereka lakukan pada hari ini, tidak lagi menjamin masa depan yang cerah kepada mereka. Kos untuk hidup semakin meningkat, dan oleh sebab itu juga ramai bercita-cita untuk memulakan perniagaan sendiri, dengan harapan dapat merubah masa depan mereka.
Dalam membentuk sebuah perniagaan, ramai yang tidak tahu dimana harus bermula. Dan masalah yang sering kita dengar adalah “MODAL”. Ya, setiap perniagaan memerlukan modal. Banyak mana modal yang diperlukan adalah bergantung kepada sejauh mana besarnya perniagaan yang ingin kita dirikan.
Modal memainkan peranan penting dalam usaha menubuhkan sesbuah perniagaan. Modal boleh diketegorikan kepada dua iaitu modal kewangan dan modal sumber. Apa yang menjadi keutamaan sekarang ini dalam membentuk perniagaan adalah modal kewangan. Adalah benar jika kita mengatakan bahawa modal kewangan adalah asset utama dalam menentukan hala tuju perniagaan. Dengan modal kewangan yang besar, kita boleh menceburi apa-apa sahaja peluang perniagaan.
Oleh yang demikian saya ingkin kongsikan satu maklumat kepada anda iaitu “ Adakah anda Mencari Dana untuk Projek Keusahawanan?”
Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) di bawah Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia adalah merupakan tabung amanah yang diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Ia bertujuan untuk memberi pinjaman perniagaan kepada golongan belia di mana KBS berperanan menyediakan dana pinjaman dan melantik institusi kewangan sebagai pengurus dana yang bertanggungjawab untuk memproses, mengeluarkan dan mengutip balik bayaran pinjaman.
Menurut Utusan Malaysia bertarikh 20hb. Ferburari 2009, Dana pinjaman Skim Belia Niaga dan Skim Belia Tani yang dikendalikan Kementerian Belia dan Sukan melalui Bank Rakyat dan Agro Bank sehingga awal Febuari 2009 masih berbaki 21 juta
Sebagai makluman, pinjaman di bawah Skim Belia Niaga dan Skim Belia Tani bernilai di antara RM5,000 sehingga RM15,000 tidak memerlukan sebarang penjamin. Manakala bagi pinjaman yang tidak melebihi RM2,000 pula tidak perlu bayar balik.
Syarat-syarat:
- Warganegara yang menetap di Malaysia berumur antara 18 – 40 tahun. (Minimum umur pemohon adalah 18 tahun dan sebelum mencapai umur 41)
- Tujuan permohonan adalah untuk memula dan mengembangkan perniagaan.
- Permohonan terbuka kepada pinjaman jenis milikan tunggal dan perkongsian sahaja.
- Permohonan pinjaman adalah secara individu dan menjalankan perniagaannya secara sepenuh masa atau separuh masa
- Mempunyai premis/tapak projek yang sah atau boleh beroperasi di rumah dengan syarat mempunyai kelulusan dari pihak yang berkaitan ( jika berkenaan ).
- Seorang sahaja antara suami atau isteri yang layak pada bila-bila masa untuk memohon pinjaman.
- Setiap peminjam mestilah bebas dan bersih dari tindakan undang-undang.
- Lulusan IKTBN/IKBN diberi keutamaan bagi memohon pinjaman untuk memulakan perniagaan.
- Hanya satu pinjaman SBN/SBT sahaja dibenarkan pada satu-satu masa.
Skop pinjaman untuk Skim Belia Niaga menerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia adalah merangkumi bidang perkhidmatan seperti kedai gunting rambut, salun kecantikan dan spa, mencuci kenderaan, solekan/andaman, bengkel kenderaan motor/motosikal, fotografi/video, kimpalan, membaiki radio/tv/telefon bimbit/alat elektronik, pusat tuisyen, kedai runcit/pasar mini, kedai makan/restoran, pengiklanan dan percetakan, perkhidmatan profesional, klinik, farmasi, optik, pelancongan, kedai elektrik, kedai perabot, kedai tayar dan kedai alat ganti dll.), pembuatan (kraf tangan, pakaian, anyaman dan produk warisan seperti labu sayung, tembaga, batik dll.), perniagaan ICT (kedai internet/pusat latihan, one-stop-centre seperti fotokopi/alat tulis/ pembayaran bil), kios/gerai/ pasar malam/penjaja (burger/yong tau fu/jagung/ais krim dll.) serta van/lori/motor bergerak, stokis, francais, modal kerja untuk kontraktor, perniagaan berkonsepkan jualan langsung dan lain-lain perniagaan berlandaskan syariah.
Skop pinjaman untuk Skim Belia Tani (SBT) menerusi Agro Bank adalah merangkumi bidang pengeluaran tanaman jangka pendek (sayur-sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan dan herba ), ternakan haiwan (lembu pedaging, lembu tenusu, kambing pedaging, kambing tenusu, bebiri dan ternakan puyuh), perikanan (ternakan ikan air tawar dan ternakan udang dalam kolam atau sangkar), ternakan lebah madu , industri asas tani (kek, pastri, roti, biskut, makanan sejuk beku, makanan berproses seperti jeruk, sos, kicap dll., makanan tradisional seperti baulu, kerepek dll. dan makanan ringan/snek) dan perkhidmatan tani (bengkel jentera pertanian, kedai racun kawalan musuh dan perosak/baja/alat pertanian, perkhidmatan profesional, sewaan jentera pertanian, nurseri bunga-bungaan/buah-buahan/lanskap, modal kerja untuk kontrak tani dan perniagaan berkonsepkan jualan langsung dan lain-lain perniagaan berlandaskan syariah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.mpeb.gov.my/PortalTEB/skim.php
anda juga boleh lihat ke website berikut: http://www.punb.com.my
————————————————————————————————————–
Mungkin Post ini telah lama.. sila ke website yg tertera untuk info terkini..
Leave a Comment


