Rahsia Mencari Idea

July 26, 2010 by admin
Filed under: Idea Perniagaan, Rahsia 

Susah ke untuk mencari sesuatu idea?

Pada post saya kali ini saya ingin kongsi kepada anda bagaimana cara terbaik untuk mencari idea perniagaan ataupun mencari sesuatu idea.

Pada pandangan saya adalah tidak terlalu sukar untuk kita mencari idea kerana idea akan datang bila kita dalam keadaan terdesak dan idea akan datang tanpa kita duga.

Saya percaya kepada kekuatan minda. Percaya atau tidak jika saya katakan bahawa apa yang kita impikan, apa yang kita inginkan akan menjadi kenyataan? Terpulang kepada anda. Tetapi saya mempercayai teori ini. Kenapa?

Baiklah, jika kita inginkan sesuatu, sebagai contoh ingin makan KFC dan anda terlalu menginginkannya dan anda nak sangat makan KFC. Terlalu nak, terlalu berharap, dapat kah tidak anda makan KFC? Saya percaya anda akan dapat makan dan menjumpai KFC itu. Hanya masa yang tentukannya.

Apa kaitan dengan mencari idea?

Sama juga dalam mencari idea. Anda “terlalu” inginkan idea, “terlalu” mengharapkannya anda akan perolehi idea yang anda inginkan.

Kenapa pakar-pakar motivasi menggalakkan kita untuk menetapkan matlamat?

Supaya minda kita terarah ke matlamat itu dan semakin lama minda kita akan menjadi lebih kuat ke arah matlamat itu. Ini lah yang orang ramai katakan sebagai “blueprint”. Bila kita ada matlamat dan minda yang kuat ke arah matlamat itu juga perasaan nak sangat matlamat itu, kita akan berjaya mencapai matlamat itu.

Pada pandangan saya, dalam mencari idea adalah sesuatu yang tidak dijangka. kadang kala idea itu datang dengan sendirinya.

Saya percaya kepada satu konsep yang saya praktik kan sehingga hari ini dalam mencari idea, iaitu jika saya ingin mencari idea saya akan selalu memikirkannya, sentiasa mengingatinya, terlalu inginkan idea, kuatkan minda dan saya yakin mungkin dalam 2-3 hari, idea itu datang dengan sendirinya..kerana saya percaya ada satu kuasa pada minda kita untuk menarik sesuatu.. percayalah, lakukannya.. kita akan dapat bila kita terlalu inginkan nya hanya masa yang menentukannya..

“Rahsia the secret of mind”


2 Comments »

  1. bicara usahawan said :
    August 4, 2010 at 5:36 PM

    keinginan yang meluak-luak(desire) itu amat-amat membantu bukan sahaja dalam mencari idea tetapi dalam semua perkara.Sebagai tambahan,bila terfikir idea secara spontan,pastikan anda mencatit idea tersebut walaupun nampak tidak relevan.kemudian ambil masa untuk teliti idea tersebut,pastinya idea yg lbh baik kan terpacul diminda anda..

  2. admin said :
    August 23, 2010 at 1:09 PM

    ramai pakar motivasi juga berkata demikian.. catit kan sahaja idea yg anda rasa menarik dn nmpk gila.. dan mungkin pada suatu hari nanti idea itu menjadi amat bernilai..

Leave a Comment

© 2010 Teori Perniagaan. All Rights Reserved.
Powered by WordPress | Entries (RSS) and Comments (RSS).
Theme Provided by Best Wordpress Themes | Web Hosting