Bagaimana menjana idea perniagaan

February 2, 2010 by admin
Filed under: Idea Perniagaan 

Selalunya idea-idea perniagaan wujud apabila berlaku sesuatu masalah. Orang yang kreatif dan Inovatif akan dapat menghidu peluang ini, dan akan cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut dan akhirnya mereka ini mampu mengeluarkan produk ataupun perkhidmatan yang mampu menyelesaikan sesuatu permasalahan. Mereka ini adalah usahawan.

Dalam penjanaan idea perniagaan beberapa faktor penting perlu diberi penekanan. Antara aspek utama dalam penjanaan idea-idea perniagaan adalah:

MENGENAL PASTI KEPERLUAN DAN KEHENDAK PENGGUNA

Melihat bentuk peluang perniagaan yang boleh ditawarkan sama ada dalam bentuk produk ataupun perkhidmatan. Seperti yang saya terangkan tadi. Untuk menjana idea, kita seharusnya melihat apakah masalah yang sering berlaku kepada sesuatu masyarakat. Dengan cara ini, mudah untuk memasarkan produk. Sebagai contoh: Masalah air karat di negeri kelantan. Ramai orang merungut mengenai masalah ini, maka keluarlah satu produk penapis air seperti Energy water, Hai-O dan lain lain lagi.

MELIHAT KEPADA FAKTOR PERSEKITARAN

Untuk menjana idea perniagaan faktor persekitaran juga diberi penekanan. Melihat kepada populasi penduduk. Jika populasi penduduk adalah tidak ramai, jualan sesuatu produk atau perkhidmatan adalah kurang. Sesuatu kawasan itu diduduki oleh kaum apa, perlu diberi perhatian agar produk atau perkhidmatan itu tidak menyentuh isu-isu sensetif.

Melihat pula kepada isu pendapatan per kapita penduduk. Apakah pekerjaan mereka. Mampukah mereka memiliki produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan. Sebagai contoh : Jika dikawasan kampung yang mempunyai populasi penduduk yang ramai, kita perlu melihat apakah pekerjaan mereka. Contoh : petani, pekerja ladang, kerja kampung. Jika kita tahu pendapatan mereka, kita mampu menetapkan harga bagi produk atau servis yang kita tawarkan. Agar penduduk kampung mampu memiliki produk kita. =tawarkan perkhidmatan spa untuk orang kampung=

Sumber-sumber asas seperti air dan elektrik juga menjadi salah satu kepada penjanaan idea perniagaan. Perkara ini adalah penting dalam menentukan lokasi perniagaan. Sumber-sumber lain adalah seperti; sesuatu kawasan itu mempunyai ladang sawit yang luas,ladang getah,kebun-kebun dan sumber-sumber lain. Ia memudahkan lagi urusan kita untuk mendapatkan bekalan bahan mentah. Contoh: jika ada lori, kita boleh jana idea dengan membekalkan perkhidmatan penghantaran hasil-hasil pertanian ke kilang. Sumber sedia ada boleh menjana idea perniagaan kepada kita.=tawarkan perkhidmatan tukang kebun kepada orang kampung=

Dasar kerajaan, seperti perlaksanaan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Wilayah Iskandariah. Wujud peluang-peluang perniagaan disitu. Penjanaan idea terhasil daripada dasar kerajaan itu sendiri. Sebagai contoh: pembangunan sesuatu kawasan akan membuka banyak peluang pekerjaan, dan boleh dikatakan ramai kontraktor-kontraktor baru cuba mendapatkan kontrak secara kecil-kecilan seperti, kontrak tanam bunga, tanam rumput, potong rumput dan sebagainya. Secara logiknya, jika pembangunan itu di negeri Kelantan, kontraktor kecil-kecilan ini bukan dari johor ataupun negeri-negeri lain.

MELIHAT KEUPAYAAN DIRI

Bagi menjana idea, penilaian terhadap diri sendiri juga menjadi aspek utama. Pengalaman akan menjana idea perniagaan yang bagus. Contoh: Pengalaman kesukaran untuk mendapatkan makan kegemaran contoh: penang char kuew teow, menjana idea seseorang itu menjaja char kuew teow.=masak char kuew teow atas lori, jaja sekitar taman=

Ilmu pengetahuan dan teknik. Hal ini juga harus mampu menjana idea kepada sesorang itu. Dengan teknik kerja yang bagus serta pengetahuan yang tinggi lebih senang bagi seseorang itu menjana idea. Contoh: pereka hiasan dalaman rumah. Setelah lama bekerja denga skill serta pengetahuan yang ada, terus bertukar kepada usahawan.

=perkhidmatan hias rumah ketika majlis kawin,harijadi,perayaan=

Modal. Sering kali sesuatu idea itu gagal adalah disebabkan modal. Tetapi sebenarnya, bukan modal yang menjadi penghalang, tetapi tidak ada keyakinan dan juga tidak mahu (susah). Bagaimana modal mampu menjana idea. Orang yang memiliki modal yang besar (banyak) lebih mudah menjana idea. Contoh: Richard Branson CEO virgin Air, dengan mudah menjana idea perniagaan yang gila, seperti melancong keangkasa dan terbaru meneroka dasar laut paling dalam. Manakala orang yang tidak mempunyai modal sukar untuk menjana idea kerana mereka tidak mahu mencuba.

Networking ataupun jaringan. Dalam kontek menjana idea, networking juga boleh membantu kita menjana idea perniagaan yang bagus. Contoh: rakan kita menternak ayam. Sebagai seorang rakan, katakan pada dia yang kita mahu menawarkan perkhidmatan penyembelihan dan penjagaan ayam. Secara tidak langsung idea itu datang dari perniagaan yang telah sedia ada.

Segala artikel yang saya tulis ini, hanyalah sebuah teori sahaja. Anda yang baca, andalah yang menilainya. Sila tinggalkan komen anda terhadap penulisan saya ini. PERHATIAN

5 Comments »

  1. fareeda humaira said :
    March 10, 2010 at 9:40 AM

    bagus teori tu yang penting berani dan mempunyai keinginan nak mencuba. biarla orang cakap idea tu gila ttapi jadikan idea gila tu munasabah… lagi satu kita kena pegang bahawa masalah yang di hadapi oleh orang lain adalah rezki bagi kita… so cubalah atasi masalah tersebut maka dapatlah kita idea perniagaan… setiap masalah yang orang hadapi adalah permulaan sesuatu perniagaan…

  2. karma said :
    April 10, 2010 at 7:52 AM

    slm….isi kandungan blog anda amat bernilai.adakah anda juga seorang usahawan?

  3. admin said :
    April 10, 2010 at 4:36 PM

    terima kasih diatas penilaian anda, saya bukan seorang usahawan, tetapi
    student didalam bidang keusahawaan.

  4. zulpahang said :
    August 20, 2010 at 11:49 AM

    bgus la info2 yg anda post…thanks.

  5. admin said :
    August 20, 2010 at 10:19 PM

    thnks.. sekadar perkongsian

Leave a Comment

© 2010 Teori Perniagaan. All Rights Reserved.
Powered by WordPress | Entries (RSS) and Comments (RSS).
Theme Provided by Best Wordpress Themes | Web Hosting